
ISTERI : (bangun cari lampu, Tup! Terkejut si isteri buka lampu bila tengok biliknya penuh dengan hiasan, belon, sarapan terhidang dalam bilik dan foto2 kemesraan sepanjang perkahwinan dan bercuti ditampal penuh dalam bilik!)
SUAMI : (suami masuk bilik dengan bawa kek dan nyanyi happy birthday, senyuman paling manis diberikan) Sayangg, kek ni abang buat sendiri dari kul 3 pagi. X reti kek macam kedai tu, kek batik boleh kan? (muka risau)
ISTERI : Abanggggg, comel la! Kek batik sambut birthday?hehe..Kenapa susah2 mcm ni (peluk badan suaminya sambil keluar air mata terharu)
SUAMI : (pegang bahu isteri, kucup 8 tempat di muka isteri) Selamat hari lahir sayang, semoga Allah jadikan abang hadiah terbaik pernah sayang miliki setiap hari, mencintai, membimbing dan membahagiakan sayang dunia akhirat. Tengah hari nanti abang ada kejutan lagi, abang bawa sayang satu tempat yea..
SUAMI : (mesej isteri) Sayang, siap2 yea. Lagi 30 minit abang sampai rumah, kita lunch kt luar. Abang nak bawak sayang satu tempat :)
ISTERI : (reply mesej) Isyhh abang ni.. X senang tau fikir apa suprise abang nk buat ni, jgn mcm2 tau.Hehe..
SUAMI : (x sabar nak balik, kemas cepat meja pejabatnya, sambil bual dgn kawan sekerja) Hari ini birthday orang rumah, x sabar nak bagi dia hadiah ni (sambil tunjuk) lama dia nak ni, aq x lepak minum2 dgn kau sbb kumpul duit utk ni la.
KAWAN : Aku kagum dengan kau, serius kaulah lelaki paling baik aku kenal sejak sekolah. Kau x berubah. Bini kau memang bertuah.
SUAMI : Aku yang bertuah dapat dia, dia cukup bagi aku. Kalau aku mati dulu pun, aku nak tunggu dia kt sana, di Syurga aku mohon dia bidadari aku. Aminn! Jom Zohor dulu, jap lagi x sabar nak balik ni...
KAWAN : Apa kau merepek ni? Isyhh, x baik ckp mati2 la. Dah2, jom kita jemaah. Aku tak pernah puas dengar takbir kau jadi imam dari sekolah lagi!
Seusai solat...
SUAMI : (bercakap dengan kawannya) kau sahabat aku dunia akhirat, lama kita berkawan. Aku minta maaf kalau ada terguris hati kau tau selama ni..
KAWAN : Apa kau merepek ni..(semakin risau tentang sahabatnya)
==========================================
Di rumah isteri menunggu... jam menunjukkan jam 2.30 petang. Lewat 30 minit.. Sehingga terlelap di sofa.
tok3..(bunyi pintu diketuk) si isteri buka pintu dengan senyuman dan peluk suaminya. Rindu bau wangi suaminya, dicium dan gomol mukanya di dada suami seperti biasa manjanya..
ISTERI : Astagfirullah..(terjaga mimpi) terlelap pula..Mimpi rupanya aku.. (melihat jam sudah jam 3 petang) Lewatnya abang balik, dah lepas lunch ni, emm.. kalau tak jadi boleh kerja hari ni. Customer nak produk ni.
tok3.. (bunyi pintu diketuk)
ISTERI : (muka gembira)
Yang mengetuk pintu itu adalah kawan yang juga sahabat suaminya.. dengan muka sugul, menahan air mata tumpah, memandang isteri sahabatnya..lalu tertumpah juga air matanya berlinang di pipi.
KAWAN : (bergetar suara dan bibir) SUAMI KAMU SUDAH MENIGGAL DUNIA......(menyerahkan hadiah suaminya dan catatan bertulis tangan)
ISTERI : (GELAP DUNI! Terduduk.. Hampir pitam.Tangisan seorang isteri yang tak dapat digambar dengan kata2.....) :'(
=========================================
"Ke hadapan isteriku... Ketika tulisan ini sayang baca, mungkin abang tiada lagi di alam nyata ini sebagai suamimu.. Ketahuilah, abang menulis dgn penuh rasa cinta..
Namun, abang minta maaf kerana rahsiakan hal ini kepada sayang.. Abang menghidap kanser otak tahap 4, dan abang menulis ini ketika abang mengetahui penyakit abang ini... Abang amanahkan sahabat abang menyerahkan surat ini andai abang tidak berkesempatan..
Abang minta maaf tidak dapat beri kehidupan mewah dan indah seperti idaman sehingga sayang terpaksa bekerja juga sehingga larut malam dan keletihan, namun.. Abang berusaha isikan rumah kecil kita dengan iman dan kasih sayang sebagai ganti..
Abang minta maaf membiarkan syg tidur dengan keletihan sbb kerja, tiap kali sayang tak sedar dalam tidur sebab letih sangat, tiap itu abang menangis kucup dahi sayang, melihat sayang lena abang tersenyum dengan linangan air mata..
Abang sudah maafkan semua apa yg berlaku, abang tahu sayang sibuk kerana kerja dan nak capai impian, ingin kehidupan yg lebih baik.. Abang sayangkan ayang dunia akhirat, sudilah menjadi bdiadari abang. Abang nak bawa sayang ke suatu tempat, iaitu Syurga.
Jangan tangisi pemergian abang, menanti sayang di pintu Syurga. Kekasihmu, suamimu dunia akhirat. Salam sayang selamanya. Abang nampak arwah mama memanggil-manggil abang.. :'(
Surat cinta terakhir abang."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan